Little Paris
Assalammualaikum!

Assalamualikum! Hi I'm Eiryn. 16 years old. Johor Bahru. Im taller than my friends. Welcome to My Paris Town. Dont worry Im friendly. Arigato gozaimasu


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Komen dekat sinh.
No Harsh words allowed here.
Boleh tanya soalan dekat sinh.
Terima Kasih dah visit.

Code CBox korang kat SINI!


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


| NEWER POST
NEW

       Hai dan assalammualaikum, untuk orang yang tengah baca tu hastag ada ke orang baca haha it's okay aku lanjutkan entry baru pada hari ini entah kenapa tanganku terasa rajin nak menaip eh jarang engko aku rajin memang untung lah kalau aku rajin nak post dekat blog ni. First of all, aku tak tahu nak cerita dekat sape je tu yang aku post dekat sini. alaa aku tahu tak ade siapa tahu link blog aku ni ye lah aku baru je tukar link ni supaya tak ada siapa tahu. nampak macam bodoh ke post baca sendiri? lantak ingat aku peduli? yang penting aku happy.       
      OK tanpa kita membuang masa ceh atas tu pemanis bicara je tu tak penting pun hastag entry aku ada ke yang penting. Tajuk harini kan NEW. kau tahu apa maksud new? Mari sini aku bagitahu apa maksud NEW. New dari segi bahasa bermaksud baru dan dari segi istillah sesuatu yang kita tak pernah dapat atau buat tapi kita buat. Itu definisi NEW merujuk kepala otak aku. Persoalannya? apa yang new atau erti kata lain baru tu? haa ini lah aku nak cerita aku rasa tahun ni tahun baru aku ((mungkin)). Aku dapat banyak benda baru pada tahun ni hastag 2015. First tepat je pukul 12 malam 1 januari ofcourse lah aku dapat umur baru dah 1 jan tu birthday aku tapi like alwys dah besar gajah mana nak sambut macam zaman kanak-kanak dulu lagipun malu lah nak sambut meriah meriah aku dah 15 tahun weh pejam celik tidur bangun eh dah besar lah aku hastag baru sedar. Second, Aku umur je 15 tapi aku dah form 4 kau nak tahu kenapa? sebab aku lahir tahun lompat 2000 kan dan tarikh lahir aku 1 jan, kau pergi cari tahu sendiri kenapa aku 15tahun tapi form 4 yang penting bukan sebab aku genius hahaha ada lagi ke orang genius lompat tahun sekarang ni? entah aku pun tak tahu. Third, aku dah pun buat keputusan untuk pindah sekolah baru. Sekolah apa? tak perlu tahu lah ye hastag malas nak famouskan sekolah aku. Sekolah yang boleh dikatakan agak pelik tapi aku peduli? langsung tidak. Honestly, aku tak selesa dan tak tenang sebenarnya pindah sekolah apatah lagi masuk asrama tu. well banyak benda baru aku belajar, aku pun kena cari kawan baru dah lah tempat tinggal baru banyak benda baru lah aku dapat setelah aku pindah ni. Life asrama ni yang aku nak cerita sebenarnya sebagai isi entry kali ini. Ok lets turun bawah....     
        Macam orang yang betul betul kenal aku tahu, aku jenis tak reti berdikari agak gembeng dan susah jauh dari nyawa aku iaitu yang disayangi ibu dan yang dipertua agung abah. Life asrama kau nak tahu tak macam mana? Ok life asrama ni adalah dimana kita mesti akan homesick dan hari hari kita pasti akan busy serta kita mesti akan tidur dalam kelas. Homesick tu biasa untuk pelajar yang baru masuk asrama seperti saya. Busy? ofcourse lah busy kau nak kena basuh baju sendiri kena sidai sendiri kena buat banyak kerja sendiri yelah kalau kat rumah kan yang disayangi ibunda yang buat tapi takkan kau nak bawak mak kau sekali kat asrama tu kan? betul tak? haa aku jujur aku macam lagi busy dekat asrama dengan penat mandi pun mandi peluh je air takde hastag cerita bohong hahaha bila pagi kena bangun awal tapi sebenarnya aku bangun bukan awal pun. Bila dalam kelas haaa yang ni penting, Ngantuk dia Nauzubillah syaitan banyak sangat segayut dekat mata aku jujur aku ngantuk sangat bila dalam kelas tau peh macam ni ek hostel student peh seksa weh nak faham sebab nak tahan mata tu susah weh. Aku nak fokus pun susah sebab asyik TERtidur je. Entah kenapa dek syaitan ni suka bergayut dekat mata aku sedangkan aku rasa mata aku ni tak cantik mana dengan eyebag nya dua kilo.      
      Bagi aku sekolah tu bagus, sangat bagus tapi asrama yang buat dia tak bagus hastag ataupun aku yang tak bagus. Dek kerana aku selalu tidur dalam kelas jadi exam aku kau fikir aku boleh jawab hahaha takpelah aku cuba biasakan diri. Bak kata senior "Dah duduk asrama jangan kuat sentap hati kena kental tak payah nak manja sangat" entah ayat sapa aku rembat aku lupa sebab banyak benda lain lagi aku kena ingat dari ayat ni hahaha hastag poyo nak mampus. Kadang aku rasa sekolah aku tu macam sekolah agama hastag islamik mengalahkan SMKA hahaha. Ok lah malas aku nak cerita panjang lebar pasal asrama bukan ada kena mengena dengan tajuk NEW tu pun hahaha     Aku nak cerita pasal classmate lah. Alhamdulillah sangat sebab aku dapat classmate yang semua sporting gila even lelaki sikit tapi mula mula je hambar biasalah malu malu kucing engko tapi sekarang malu kemana kucing kemana pun tak dapat dikesan. Semua pandai baik friendly sangat. InshaAllah dapat kesefahaman dan keserasian untuk dua tahun ini. Tapi tu lah kadang kita tak boleh percaya semua orang antara kita orang mesti ada yang kurang senang adat lah manusia ada orang suka ada orang tak suka itulah hidup sebagai manusia tak lari dari kesalahan tapi sesetengah orang anggap salah tu salah kita macam dia tak pernah salah kita bukan tuhan yang sentiasa betul kan jadi pengajaran di sini jangan sangka buruk terhadap orang lain hastag aku akhiri entry harini dengan hastag aku rindu sha myie khairul dan kawan kawan km2 hastag aku berhenti sampai sini sebelum aku merepek lagi panjang hastag bye assalammualaikum.